- Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim.
- Tarikh lahir : Subuh hari senin, 12 Rabiul awal bersamaan tgl 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; yaitu peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
- Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
- Nama Ayah : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim.
- Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
- Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelari Ummu Aiman. Hamba perempuan ayah Rasulullah SAW).
- Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
- Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
https://www.facebook.com/storiesofhikmah?ref=hl
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan ayah Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib).
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muththalib meninggal dunia pula. Baginda dipelihara pula oleh saudara ayahnya, Abu Thalib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia12 tahun).
Bersama saudara ayahnya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua - ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang Nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperan mengumpulkan anak - anak panah saja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan baranganKhadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani olehMaisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib danbeberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (saudara ayah Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
0 komentar:
Posting Komentar