Petunjuk Mudah...... !
Klik BERANDA (pada Daftar Halaman).
Anda akan masuk ke Daftar Isi semua posting Blog.
Selamat menikmati.
--------------------------------------------------------------
Prolog
------------------------------
Bismillahirrahmanirrahiim
Selamat Datang di Blog Kami, semoga Informasi yang anda cari tersedia dan silahkan dibaca, dicopy atau dibagi kepada siapapun yang membutuhkan.
Etika berkunjung, silahkan anda tinggalkan NAMA atau EMAIL sebagai niat baik & ijin.
insya Allah, ILMU yang ada disini akan membawa berkah & manfaat untuk kita semua. Amin.
Bagi yang berkenan silahkan kasih komentar dengan Sopan & Santun sebagai perwujudan ukhuwah islamiyah.
Bagi yang yang tidak berkenan, kami mohon maaf.
( Harap cantumkan nama Gus Is - 1hati17an.blogspot.com )
-----------------------------
Kamis, 04 Juli 2013
Lelaki yang pertama beriman kepada Rasulullah saw
Dialah Sahabat yang paling akrab dan paling disayangi oleh Rasulullah S.A.W.
Dialah manusia yang dianggap paling teragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W.
NamaSaiyidina Abu Bakar Al-Siddiq R.A. adalah tidak asing lagi bagi sekelian ummatIslam, baik dahulu mahupun sekarang. Dialah manusia yang dianggap palingteragung dalam sejarah Islam sesudah Rasulullah S.A.W. Kemuliaan akhlaknya,kemurahan hatinya dalam mengorbankan harta benda dan kekayaannya,kebijaksanaannya dalam menyelesaikan masalah ummat, ketenangannya dalammenghadapi kesukaran, kerendahan hatinya ketika berkuasa serta tutur bahasanyayang lembut lagi menarik adalah sukar dicari bandingannya baik dahulu mahupunsekarang. Dialah tokoh sahabat terbilang yang paling akrab dan paling disayangioleh Rasulullah S.A.W.
Nama sebenar Saiyidina Abu BakarAl-Siddiq adalah Abdullah Bin Qahafah. Sebelum Islam, beliau adalah seorangsaudagar yang tersangat kaya serta datangnya dan keluarga bangsawan yang sangatdihormati oleh masyarakat Quraisy. Bahkan sebelum memeluk Islam lagi, Abu Bakartelah terkenal sebagai seorang pembesar Quraisy yang tinggi akhlaknya dan tidakpernah minum arak sebagaimana yang lazimnya dilakukan oleh pembesar-pembesarQuraisy yang lain.
Umur
Dan segi umur, Saiyidina Abu BakarR.A. adalah dua tahun lebih muda dan Rasulullah S.A.W. dan telah menjalinpersahabatan yang akrab dengan baginda Rasul lama sebelum Rasulullah S.A.W.menjadi Rasul. Beliaulah tokoh sahabat besar yang dianggap paling banyak sekaliberkorban harta benda untuk menegakkan agama Islam di samping Nabi MuhammadS.A.W. Kerana besarnya pengorbanan beliau itulah Rasulullah S.A.W. pernahmengatakan bahawa Islam telah tegak di atas harta Siti Khadijah dan pengorbananSaiyidina Abu Bakar R.A. Adapun gelaran Al-Siddiq yang diberikan kepadanya ituadalah kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja kata-kata mahupunperbuatan Nabi Muhammad S.A.W. Dalam hal ini elok kita petik suatu kisahseperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud yang dicenitakan sendiri kepadanyaoleh Saiyidina Abu Bakar, tentang bagaimana Saiyidina Abu Bakar R.A. memelukagama Islam.
Bertemu ahli Kitab
Kata Saiyidina Abu Bakar R.A.ketika menceritakan suatu kisah mengenai dirinya kepada Ibnu Mas'ud, "Akupernah mengunjungi seorang tua di negeri Yaman. Dia rajin membaca kitab-kitabdan mengajar banyak murid. Dia berkata kepadaku:
"Aku kira tuan datang dari Tanah Haram.
"Benar, “jawabku.
"Aku kira tuan berbangsa Quraisy?”
"Benar,” ujarku lagi.
"Dan apa yang aku lihat, tuan dan keluarga BaniTaiyim?”
"Benarlah begitu,” tambahku selanjutnya.
Orang tua itu terus menyambung,katanya, "Adasatu lagi hal yang hendak aku tanyakan dari tuan, iaitu tentang diri tuansendiri. Apakah tak keberatan jika aku lihat perutmu?
Maka pada ketika itu aku punberkata, "Aku keberatan hendak memperlihatkan selagi tuan tidak nyatakankepadaku perkara yang sebenarnya.
Maka ujar orang tua itu, "Akusebenarnya melihat dalam ilmuku yang benar bahawa seorang Nabi Allah akandiutus di Tanah Haram. Nabi itu akan dibantu oleh dua orang sahabatnya, yangseorang masih muda dan seorang lagi sudah separoh umur. Sahabatnya yang mudaitu berani berjuang dalam segenap lapangan dan menjadi pelindungnya dalamsebarang kesusahan. Sementara yang separoh umur itu putih kulitnya dan berbadankurus, ada tahi lalat di perutnya dan ada suatu tanda di paha kirinya. Apalahsalahnya kalau tuan perlihatkan kepadaku.
Rahasia yang terkuak.
Maka sesudah dia berkata itu akupun membuka pakaianku lalu orang tua itu pun melihatlah tahi lalat hitam diatas bahagian pusatku seraya berkata, "Demi Tuhan yang menguasai Kaabah,tuanlah orangnya itu!
Kemudian orang tua itu pun memberisedikit nasihat kepadaku. Aku tinggal di Yaman untuk beberapa waktu kenanamengurusi perniagaanku dan sebelum meninggalkan negeri itu aku sekali lagipergi menemui orang tua tersebut untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.Kemudian dia lalu bertanya, "Bolehkah tuan menyampaikan beberapa rangkapsyairku ? "Boleh sahaja, “jawabku.
Setelah itu aku pun membawa pulangsyair-syair itu ke Mekah. Setibanya aku di Mekah, para pemuda bergegas datangmenemuiku seraya berkata, "Adakah engkau tahu yang sudah terjadi ? Makaujarku pula, "Apakah yang terjadi itu? Jawab mereka, "Si yatim AbuTalib kini mengaku menjadi Nabi ! Kalaulah tidak mengingat engkau hai Abu Bakar,sudah lama kami selesaikan dia. Engkaulah satu-satunya yang kami harapkan untuk menyelesaikannya.
Islamnya Abu Bakar
Kemudian aku pun meminta merekapulang dahulu sementara aku sendiri pergi menemui Muhammad. Setelah menemuinyaaku pun mengatakan, "Wahai Muhammad, tuan telah mencemarkan kedudukankeluarga tüan dan aku mendapat tahu tuan terang-terang telah menyeleweng darikepercayaan nenek moyang kita.
Maka ujar baginda, "Bahawa akuadalah Pesuruh Allah yang diutuskan untukmu dan untuk sekelian ummat!
Aku pun bertanya kepada baginda,"Apa buktinya ?
Jawabnya, "Orang tua yangengkau temui di Yaman tempoh hari.
Aku menambah lagi, "Orang tuayang mana satukah yang tuan maksudkan kerana ramai orang tua yang aku temui diYaman itu?
Baginda menyambung, "Orang tuayang mengirimkan untaian syair kepada engkau !
Aku terkejut mendengarkannya lalubertanya, "Siapakah yang telah memberitahu tuan, wahai sahabatku?
Maka ujar baginda, "Malaikatyang pernah menemui Nabi-nabi sebelumku.
Akhirnya aku berkata,"Hulurkan tangan tuan, bahawa dengan sesungguhnya aku naik saksi tiadaTuhan yang kusembah melainkan Allah, dan tuan (Muhammad) sebenarnya PesuruhAllah.
Demikianlah kisah indah yangmeriwayatkan bagaimana Islamnya Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq. Dan memanglahmenurut riwayat beliau merupakan lelaki yang pertama yang beriman kepadaRasulullah S.A.W.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar