Pengaruh Islamnya Abu Bakar
Keislaman Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq R.A. telahmembawa penganuh besar di kalangan kaum bangsawan Quraisy kerana dari pengaruhkeislamannya itulah maka beberapa orang pemuda bangsawan Quraisy sepertiSaiyidina Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, dan Saad Bin Waqqas menurutijejak langkahnya.
https://www.facebook.com/storiesofhikmah
Semenjak beliau memeluk Islam, Saiyidina Abu Bakan R.A. telahmenjadi pembela Islam yang paling utama serta seorang sahabat yang paling akrabserta paling dicintai oleh Rasulullah S.A.W. Sebagai memperlihatkan kecintaanbaginda terhadap Saiyidina Abu Bakar R.A., dapat kita ketahui dan satu dialogyang terjadi antara baginda Rasul dengan Amru Bin Al As. Amru seorang sahabatRasulullah S.A.W. pernah suatu hari menanyakan Rasul, "Siapakah di antaramanusia yang paling tuan sayangi ? Baginda menjawab, "Siti Aisyah, dankalau laki-laki adalah bapanya.
Iman Abu Bakar
Selain daripada itu Saiyidina AbuBakar Al-Siddiq R.A. adalah seorang sahabat yang terkenal kerana keteguhanimannya, cendas akal, tinggi akhlak, lemah lembut dan penyantun. RasulullahS.A.W. pernah menyanjungi sahabatnya itu dengan sabdanya, "Jika ditimbangiman Abu Bakar Al-Siddiq dengan iman sekelian ummat maka berat lagi iman AbuBakar. Demikian teguhnya iman Saiyidina Abu Bakar R.A. demi apakala kitamemperhatikan pengertian yang terkandung pada sabda Rasulullah S.A.W. mengenaidirinya itu. Gelaran AlSiddiq yang dibenikan orang terhadap diri Saiyidina AbuBakar R.A. adalah lantaran memandang sikap serta pendiriannya yang teguh dalammembenarkan serta membela diri Rasulullah S.A.W. Andainya sekelian ummatmanusia akan mendustakan Muhammad S.A.W. Abu Bakar R.A. akan pasti pula tampildengan penuh keyakinan untuk membelanya.
Mengorbankan seluruh hartanya
Tidak beberapa lama setelah memelukagama Islam, Saiyidina Abu Bakar yang terkenal sebagai saudagar yang kaya itutelah meninggalkan perdagangannya dan meninggalkan semua usaha peribadilain-lainnya lalu menyerahkan segenap kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukanpenjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad S.A.W. sehingga oleh keranakegiatannya maka Agama Islam mendapat kemegahan dengan Islamnya beberapa pemudaQuraisy yang lain seperti yang telah disebutkan itu.
Beliau telah mengorbankanseluruh hanta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yangditangkap atau disiksa. Selain danpada itu beliau juga telah membelihamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang hamba yang dibelinyalalu kemudian dibebaskan yang paling terkenal dalam sejarah ialah Bilal BinRabah.
Keyakinan Abu Bakar pada Isra' Mi'raj
TatkalaNabi Muhammad selesai melakukan Isra' dan Mikraj segolongan orang yang kurangmempercayai apa yang telah dikhabarkan Rasulullah S.A.W. telah pergi menemuiSaiyidina Abu Bakan R.A. untuk mendengarkan apa pendapatnya tentang dakwaanMuhammad S.A.W. itu. Tujuan kedatangan mereka mendapatkan Abu Bakar R.A. tidaklain dengan prasangka tentunya Abu Bakar R.A. kali ini akan mendustakan kisahyang tidak masuk akal pada fikiran mereka itu. Setelah pertanyaan itudisampaikan kepada Abu Bakar R.A. lalu beliau pun berkata, "AdakahMuhammad berkata begitu? Sahut mereka, "Benar! Maka ujar Saiyidina AbuBakar R.A. "Jika Muhammad berkata begitu maka sungguh benarlah apa yangdiceritakan itu. Lalu mereka pun terus menyambung, "Engkau percaya hai AbuBakar bahwa Muhammad sampai ke tanah Syam lebih sebulan perjalanan pulang, dimalam semalam tadi? Maka sahut Abu Bakar sungguh-sungguh, "Benar! Akupercaya! Malah lebih dari itu aku percaya kepadanya. Aku percaya akan beritadari langit yg diberitakannya baik pada waktu siang maupun di waktu malam!
Demikian hebatnya sambutan sahabat yang paling utama itu. Kerana tegas dan teguhnyaiman beliau terhadap agama yang dibawa oleh Muhammad dan terhadap apa yang dikhabarkan oleh baginda makabeliau telah diberi oleh Rasulullah S.A.W. dengan gelaran Al-Siddiq, artinyayang benar
Dan memanglah tidak mengherankansekali sikap Abu Bakar itu. Beliau telah kenal akan Muhammad S.A.W. bukansehari dua, melainkan sudah boleh dikatakan seumur manusia. Beliau tahu bahwasahabatnya itu berkata benar, tak pernah bohong; orang amin. Mustahil bagindaakan khianat kepada pengikutnya yang pencaya kepadanya. Beliau mengimanisahabatnya itu Pesuruh Allah Yang Maha Kuasa, menerima wahyu danipada Tuhannya.Beliau sudah bertahun-tahun mengikutkan petunjuk yang diwahyukan oleh Allahkepada sahabatnya itu maka telah teguhlah iman dalam hatinya.
Hijrah ke Madinah
Tatkala keadaan kekejamanorang-orang musynikin Quraisy terhadap kaum Muslimin yang sedikit jumlahnya diMekkah semakin hebat dan membahayakan, Nabi Muhammad S.A.W. telah mengadakanpermusyuaratan di rumah Saiyidina Abu Bakar R.A. untuk mencari jalan keluardaripada kesulitan yang sedang dihadapi oleh pihak kaum Muslimin. Ketika itulahRasulullah S.A.W. menjelaskan kepada Saiyidina Abu Bakar R.A. bahawa AllahS.W.T. telah memerintahkan baginda supaya melakukan hijrah ke Madinah sertameminta Saiyidina Abu Bakar R.A. supaya menemaninya dalam peristiwa hijrahtersebut. Dengan perasaan gembira tanpa sedikit kebimbanganpun Saiyidina AbuBakar R.A. menyambut permintaan Rasulullah S.A.W.
Dari pintu belakang rumah SaiyidinaAbu Bakar R.A. Rasulullah S.A.W. bersama-sama Saiyidina Abu Bakar menuju keGunung Tsaur dan bersembunyi di gua yang diberi nama Gua Tsaur.
Gua Tsaur
Pada saatsuasana amat kritis, Saiyidina Abu Bakar R.A. diserang rasa kegelisahan dancemas kerana kuatir kalau-kalau musuh dapat mengetahui di mana Rasulullahsedang bensembunyi, maka pada saat itu turun ayat suci Al Quran dari SurahTaubah yang isinya memuji Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq, sebagai orang keduasesudah Nabi s,a.w. dalam Gua Tsaur. Dalam pada itu Rasulullah S.A.W. punmengerti akan situasi dan kegelisahan sahabatnya itu yang oleh karenanya Rasulberkata, "Apakah yang menggelisahkanmu, bukankah Allah menemani kita?
Kemuliaan jiwa Abu Bakar
Kemudian Rasulullah S.A.W.,diriwayatkan berkata selanjutnya untuk menghilangkan kebimbangan Saiyidina AbuBakar, "Kiranya mereka masuk juga ke dalam gua ini kita masih dapatmelepaskan diri dari pintu belakang itu, ujar Rasul sambil menunjukkan kebelakang mereka. Saiyidina Abu Bakar R.A. pun menoleh ke belakang. Betapaterkejutnya beliau bila dilihatnya pintu belakang yang ditunjuk oleh Rasul itu,padahal pintu tersebut tadinya tidak ada sama sekali. Sebenarnya kebimbanganAbu Bakar R.A. tatkala di dalam gua itu bukanlah kerana takutkan nyawanya akandiragut oleh pihak musuh tetapi yang lebih dibimbangkannya ialah keselamatanjiwa baginda Rasul. Beliau pernah berkata, "Yang saya bimbangkan bukanlahmengenai diri saya sendiri, kalau saya terbunuh, yang tewas hanyalah seorangmanusia biasa. Tapi andaikata tuan sendiri dapat dibunuhnya maka yang akanhancur ialah satu cita-cita yang suci murni. Yang akan runtuh ialah keadilandan yang akan tegak pula ialah kezaliman.
Ucapan antara dua orang sahabattatkala dalam gua itu ada tersebut dalam Al Quran dalam Surah At-Taubah ayat40: "Kalau kamu tidak menolongnya (Muhammad) ketika dia diusir olehorang-orang kafir (dan kampung halamannya), dalam keadaan berdua orang sahajadi dalam suatu gua, Di kala itu dia (Muhammad) berkata kepada sahabat karibnya(Abu Bakar): Jangan engkau berdukacita; sesungguhnya Tuhan bersama kita. Tuhanmenurunkan ketenanganNya kepadanya, dan dikuatkannya dengan tentera yang tidakkamu lihat. Dan Tuhan menjadikan perkataan orang yang kafir itu paling rendahdan perkataan Tuhan itu yang amat tinggi. Dan Tuhan Maha Kuasa dan Bijaksana.
Kesetiaan (Loyalitas)
Demikian satu lagi keistimewaanSaiyidina Abu Bakar ALSiddiq sebagai seorang sahabat yang sama-sama mengalami kesukaran dan kepahitanbersama-sama Rasulullah dalam menyampaikan seruan Islam. Saiyidina Abu BakarR.A. tidak bercerai jauh dengan baginda Rasul sepanjang hidupnya dan menyertaisemua peperangan yang dihadapi oleh baginda. Beliau bukan sahaja berjuangmenegakkan Agama Islam dengan segenap jiwa raganya bahkan juga dengan hartakekayaannya. Sungguh beliaulah yang paling banyak sekali berkorban harta untukmenegakkan Agama Islam. Bahkan seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannyauntuk kepentingan penjuangan menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabatbeliaulah tergolong orang yang paling murah hati dan dermawan sekali.
100 % hartanya
Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah S.A.W. telahmeminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalanAllah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakar R.A. membawa seluruh hartabendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihatbanyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihaditu maka Rasulullah S.A.W. menjadi terkejut lalu berkata kepadanya:
"Hal sahabatku yang budiman,kalau sudah semua harta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkautinggalkan buat anak-anak dan isterimu?
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itudijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum,ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya.
Demikianlah kehebatan jiwaSaiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh kemurahan hati yang memang tidakdijumpai bandingannya di dunia. Memandangkan besarnya pengorbanan beliauterhadap Islam maka wajarlah kalau Rasulullah bersabda bahawa tegaknya AgamaIslam itu adalah lantaran harta benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina AbuBakar Al-Siddiq. Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya imanseluruh ummat ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakar R.A. maka berat lagiiman Saiyidina Abu Bakar R.A. Beliau memang manusia luar biasa kebesarannyayang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T. untuk menjadi teman akrab Rasulullahs.a.w
0 komentar:
Posting Komentar