20 CARA MERAWAT HATI
(Bukhari dan Muslim)
Terdapat cara merawat hati yang perlu dilakukan supaya hati kalian dapat dirawat dan terhindar daripada penyakit hati. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
2. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
3. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
4. Beriktikad dengan akidah yang betul.
5. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
6. Menyedikan WAKTU bagi Allah SWT, dengan terus menerus penggarapan ilmu-ilmu agama.
7. Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam.
8. Tunduk dan khusyuk kepada Allah SWT dalam segenap tindakan dan perbuatan.
9. Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT.
10. Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT.
11. Suka menziarahi kubur dan mengingat mati.
12. Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.
13. Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka.
14. Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan.
15. Mempunyai Sahabat yang mulia yaitu yang mengajak dalam urusan kebaikan & menuntun ke jalan Allah.
16. Mentarbiah hati supaya mencintai Allah SWT dengan sedalam-dalamnya.
17. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
18. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat Khusyuk dalam solat.
19. Senang membaca Shalawat Nabi saw dan mencintai dengan menerapkan suri tauladan beliau pada kehidupan.
20. Cinta pada Ulama' dan guru-guru yang telah memberikan Ilmu kepada kita.
Marilah sama-sama kita mengamalkan 20 cara di atas yang akan mendekatkan hubungan hati kita dengan Allah SWT & Rasulnya Muhammad saw dan meningkatkan ilmu dan amal dan istiqamah dengan jalan yang hak.
Hanya hati yang bersih, mulia, sejahtera dan ikhlas akan dapat memasuki syurga Allah SWT yang bebas daripada penyakit-penyakit hati.
بَلَى مَنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لِلّهِوَهُوَ مُحْسِنٌ فَلَهُ أَجْرُهُ عِندَ رَبِّهِ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَهُمْ يَحْزَنُونَ
(Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati
(Al-Baqara 2:112)
Siapa yang menyerahkan dirinya untuk Allah ( memberikan waktu, harta, tenaga dan pikirannya di jalan agama ) ... NISCAYA HATI kita tidak diberikan Rasa Khawatir & di hilangkan rasa Sedih menjadi BAHAGIA SELALU.
sELAMAT pAGI... Slamat beraktifitas...
semoga kajian ini bermanfaat...
amin
0 komentar:
Posting Komentar